Kemalangan | 10 termasuk pemandu van kilang cedera

2022-10-20 0

Sepuluh cedera selepas van yang membawa pekerja kilang terbabas dan melanggar tiang dalam kemalangan di Kilometer 151.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Bukit Tambun Juru, Pulau Pinang pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.38 pagi itu, pemandu van kilang tersepit, manakala sembilan lagi penumpang terdiri daripada pekerja wanita dan lelaki cedera.